2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Zikrullah, bukan sekadar lafaz

D

ARI Abu Hurairah katanya, Bahawa Rasulullah SAW bersabda; ALLAH SWT berfirman; Sesungguhnya apa-apa yang Aku lakukan terhadap hamba-Ku mengikut sangkaannya terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingati-Ku. Jika ia mengingati Aku di dalam hatinya maka Aku akan mengingatinya di dalam hati-Ku (Zat-Ku). Jika ia menyebut Aku di khalayak ramai nescaya Aku akan menyebut ia di khalayak yang lebih mulia daripada mereka (di khalayak malaikat). Apabila ia mendekati-Ku dengan berjalan, nescaya Aku akan mendekatinya dengan berlari (bersegera).

 

Jelas dengan zikrullah kita akan mendapat ketenangan hati. Namun lafaz zikrullah yang bagaimanakah dapat memberi kesan serta impak positif kepada hati. Ada yang saban hari berzikir tetapi tidak mendapat ketenangan dicari.

Perlu dirasai bukan diketahui

H

akikat zikrullah bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Penceramah bebas, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menjelaskan, ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

 

Katalah lidah kita mengucapkan Subhanallah – ertinya Maha Suci ALLAH SWT. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan ALLAH SWT itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki mengenai kesucian ALLAH SWT hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. ALLAH SWT itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

 

“Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, ALLAH SWT bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya,” katanya.

 

Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada ALLAH SWT dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan ALLAH SWT akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…” (Surah At-Tahrim: 8)

 

Menurut Pahrol, sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita? Ah, jauh panggang daripada api!.

 

Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti ALLAH SWT yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

 

Hati, ibu segala sumber

U

staz Pahrol berkata, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan ALLAH SWT. Ertinya, dia melakukan perkara selaras dengan suruhan ALLAH SWT yang Maha Suci dan meninggalkan apa dilarang-Nya. Halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah (zikir fikli)! 

 

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara: rasa kehambaan, rasa bertuhan, memahami maksud takdir dan mendapat hikmah di sebalik ujian.

 

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita dikotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti,” tegas penulis motivasi keagamaan buku Karya Bestari ini.

 

Hikmah terselit di sebalik ujian

H

ikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” iaitu didikan langsung daripada ALLAH SWT melalui ujian-Nya.

 

Nabi Muhammad SAW bersabda; “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

 

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada dalam kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi - yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

 

“Hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji. Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana ALLAH SWT sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat,” katanya.

 

Menurutnya, para muqarrabin (orang yang hampir dengan ALLAH SWT) mengenai hikmah ujian dengan berkata: “ALLAH SWT melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan ALLAH SWT menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan ALLAH SWT melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain ALLAH SWT.

 

Marilah kita bersihkan hati dari segala kotorannya dengan memperbanyakkan zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan dunia dan di akhirat nanti.

 

* Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA (SYAHIDATUL.AKMAL@SINARHARIAN.COM.MY), Sinar Harian, 29 Mac 2013

 

Rokiah Mad Dom , Jumaat, Mac 29, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog