2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Peka cara pemakaian semasa bersolat

S

OLAT adalah tiang agama, dalam rukun Islam bersolat menduduki tangga kedua selepas melafazkan syahadah. Seseorang itu wajib menutup aurat dengan sempurna semasa dia mengerjakan ibadah solat. Seperti mana hadis ini, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung)”. (Riwayat  Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu  Majah)

 

Ada segelintir individu yang memandang remeh pemakaian semasa bersolat, ada juga yang memakai pakaian menutup aurat tetapi kelihatan bentuk tubuhnya (bagi wanita) dan kaum Adam ada yang melabuhkan kain pelikat atau seluar sehingga tidak menampakkan buku lali.

 

Peka pemakaian semasa solat

P

ersoalan mengenai pemakaian semasa bersolat perlu dipandang serius, saat itu kita berhadapan dengan ALLAH SWT, pastilah perlu dalam keadaan bersih, suci dan tertutup segala aurat yang ada.

 

Ummu Salamah berkata, dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (dar’u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar)? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar’u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.”

 

Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Taufik Ismail berkata, pakaian wanita dalam solat terbahagi kepada dua bahagian, yang pertama menutup kepala sehingga leher dan melabuhkan ke dada manakala kedua pula menutup badan bermula dari kepala hingga labuh ke dua kaki.

 

Dalam Sunan Abu Daud menerangkan bahawa pakaian seorang wanita itu, selain dari tudung kepalanya, hendaklah sesuatu yang panjang sehingga dapat menutup dari leher sehinggalah ke kedua belah tapak kakinya.

 

Dar’u ialah pakaian Arab yang seumpama gaun atau jubah yang dipakai melalui leher dan ia memanjang sehingga ke betis atau lebih, maka melalui hadis ini Nabi SAW mensyariatkan bahawa gaun atau jubah itu haruslah memanjang sehingga menutup kedua tapak kaki wanita,” katanya.

 

Menurutnya, terdapat banyak pandangan ulama mengenai pemakaian telekung sembahyang, kerana itu kita perlu melihat kepada situasi yang berlaku dan tidak boleh berpaksikan pada satu pandangan sahaja.

 

Sebagai contoh, seperti yang diketahui dalam mazhab Shafie, bersentuhan antara lelaki dan perempuan semasa berwuduk maka terbatal air sembahyangnya, tetapi berdasarkan Imam Shafie dalam keadaan darurat ia dibolehkan. Dalam situasi darurat kita tidak boleh bersifat rigid.

Longgar dan labuh

P

endakwah dan juga penulis buku-buku Islam, Kapten Firdaus Hafiz Abdullah mengulas isu ini dalam laman blognya hafizfirdaus.com dengan berkata, jenis pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan labuh (tidak nampak bentuk badan wanita tersebut, sekalipun dia merasakan badannya tidak mempunyai bentuk.

 

Ini dapat difahami juga melalui ayat di atas yang melarang kaum wanita memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka. Perhiasan ini ada dua jenis, iaitu perhiasan asli tubuhnya dan kedua ialah perhiasan tambahan seperti rantai, gelang dan sebagainya. Kedua-dua ini tidak boleh diperlihatkan kepada khalayak umum kecuali kepada suaminya dan beberapa ahli keluarga terdekat.

 

Cara terbaik untuk melindungi perhiasan asli tubuh badan ialah dengan mengenakan pakaian longgar dan labuh dan ini adalah sesuatu yang disepakati tanpa keraguan. Antara tuntutan yang senada ialah memakai pakaian yang tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit atau bayangan tubuh badan di sebaliknya. Ini juga termasuk tuntutan menutup aurat wanita,” jelasnya.

 

Menurut Hafiz Firdaus, dapatlah kita ketahui bahawa pakaian yang semestinya dipakai oleh seorang wanita apabila sedang solat atau di luar solat adalah sesuatu yang dapat menutup dirinya dari kepala sehingga ke kaki kecuali muka dan tangan dari pergelangan ke jari-jari.

 

Selain itu pakaian tersebut hendaklah longgar dan labuh, tidak menampakkan bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit di sebaliknya. Oleh itu apa sahaja pakaian yang dapat menepati syarat ini boleh digunakan bagi tujuan mendirikan solat dan urusan harian di luar rumah.

 

Telekung yang selalu dipakai oleh Muslimah di Nusantara ini sangatlah baik kerana ia menepati segala syarat-syarat tersebut tetapi perlu diketahui bahawa telekung bukanlah satu-satunya sahaja yang boleh digunakan untuk bersolat. Dalam erti kata lain, telekung bukanlah syarat wajib solat.

 

Wajib menutupnya walaupun berseorangan

W

alaupun muka dan tangan tidak dikategorikan sebagai aurat yang wajib ditutup, kedua bahagian ini amat dituntut agar tidak dihiasi dengan sesuatu yang boleh membawa perhatian atau rangsangan kepada orang lain. Sebagai tambahan, walaupun muka itu tidak wajib ditutup, ia digalakkan supaya diselubungi di sebalik kain nipis atau yang seumpama bagi mengelak niat buruk lelaki yang rakus sifatnya.

 

Perkara kedua yang dinyatakan di sini ialah syarat pakaian solat sepertimana yang diterangkan di atas adalah wajib dipatuhi oleh seseorang itu sama ada berada dalam suasana orang ramai atau bersendirian. Dalam erti kata lain, sekalipun seorang wanita itu berada berseorangan dalam biliknya, dia tetap wajib menepati syarat-syarat ini sekalipun tiada orang yang melihat. 

 

Ini adalah kerana syarat pakaian solat adalah bagi memenuhi hak dan adab seorang hamba yang sedang beribadah kepada ALLAH dan ia tidak berhubung-kait dengan adab sesama manusia. Berbeza pula dalam suasana di luar etika solat, di mana seseorang wanita itu dibolehkan membuka kain tudung atau sebagainya apabila berhadapan dengan suami, ayah sendiri, keluarga terdekat dan seterusnya.

 

Syarat pakaian solat diwajibkan bagi wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Selain itu pakaiannya hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan atau bayangannya dan tidak nipis sehingga melihatkan warna kulit di sebaliknya.

 

Apabila gagal menepati syarat pakaian solat yang diwajibkan dan dia berusaha sedaya mampu, hendaklah tetap mendirikan solat .

 

 


*Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUN YA (SYAHIDATUL.AKMAL@SINARHARIAN.COM.MY), Sinar Harian, 7 Jun 2013

Cik NiNe Che Kadir , Jumaat, Jun 07, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog